Kempen KDB & Advokasi bersama pelajar Kolej Komuniti Mas Gading

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kempen KDB & Advokasi bersama pelajar Kolej Komuniti Mas Gading ini telah diadakan pada hari Jumaat, 12 April 2019 sempena program Ceramah ‘Obsesi dan Manipulasi Media Sosial’ anjuran Kolej Komuniti Mas Gading Bau.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk:
i. Mendidik pelajar menjadi pengguna media sosial yang beretika dan bertanggungjawab.
ii. Memahami etika dan peraturan yang betul sebelum menggunakan media sosial.
iii. Memberi pengetahuan supaya pelajar dapat menunjuk teladan yang baik kepada pengguna media sosial yang lain.
iv. Mendidik para peserta tentang kepentingan dan cara memeriksa label MCMC pada peralatan komunikasi sebelum membelinya untuk memastikan samada peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang telah ditetapkan.
v. Mendidik para peserta tentang kepentingan dan cara melupuskan peranti yang sudah tamat jangka hayatnya secara berhemah dan mesra alam.
Antara topik-topik yang disampaikan adalah:
1) Taklimat & Tayangan Video Jenayah Siber
- Scam
- Penipuan Kewangan

2) Taklimat & Tayangan Video Pengurusan Risiko Dalam Talian
- Buli Siber
- Maklumat Palsu
- Keganasan Siber
- Keselamatan Komputer
- Kawal Selia Kendiri

3) Check Your Label & Mobile e-Waste

Selepas taklimat tersebut, aktiviti berbentuk Kuiz Klik Dengan Bijak, Advokasi Check Your Label dan Mobile e-Waste diadakan bagi menguji serta meningkatkan pemahaman para peserta.

Kempen ini telah berlangsung di Kolej Komuniti Mas Gading Bau selama 3 jam bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengahari.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali